Isnin, 25 Julai 2011

PERKHIDMATAN

SELAMAT DATANG....


Perpustakaan Cawangan Kuala Perlis menyediakan perkhidmatan berikut kepada orang ramai :

·        Perkhidmatan Pinjaman / Pemulangan.
·        Perkhidmatan Rujukan.
·        Perkhidmatan Latihan / Khidmat Nasihat dan Bimbingan.
·        Perkhidmatan Hipermedia.
·        Perkhidmatan Internet di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dibiayai oleh Kementerian Tenagan Air Komunikasi (PERCUMA).
·        Perkhidmatan Majalah dan Akhbar.
·        Perkhidmatan untuk Kana-kanak.
·        Perkhidmatan Perpustakaan Permainan (i-Play Toy Libtrary).

KEAHLIAN

·        Keahlian terbuka kepada semua penduduk di kawasan sekitar Kuala Perlis.
·        Seorang pengguna yang ingin menjadi ahli perpustakaan mestilah terlebih dahulu mengisi boring permohonan menjadi ahli. (Borang boleh didapati di kuanter pinjaman).
·        Yuran keahlian adalah seperti berikut :

Kanak-kanak (6-12 Tahun) : RM6.00
(Yuran Tahunan RM2.00 + Kad Ahli RM4.00)

Belia (13-18 Tahun ) : RM6.00
(Yuran Tahuanan RM2.00 + Kad Ahli RM4.00)

Dewasa 19 tahun ke atas : RM10.00
(Yuran Tahunan RM6.00 + Kad Ahli RM4.00)

Keahlian Seumur Hidup – Dewasa sahaja :RM22.00
(Yuran RM18.00 + Kad Ahli RM4.00)

Pendaftaran Ahli (Warga Negara Asing)
7-8 Tahun-Yuran RM20.00 + Kad Ahli RM4.00

19 tahun ke atas-Yuran RM50.00 + Kad Ahli RM4.00
                    * Ahli yang telah berdaftar di Perpustakaan Pusat tidak perlu mendaftar lagi          
                       Di Perpustakaan Cawangan.

·        Sila bawa Kad Pengenalan dan sekeping gambar berukuran  passport semasa mendaftar.
·        Ahli berdaftar akan diberikan 1 Kad Pinjaman.
·        Kad Pinjaman tidak boleh dipindah milik.
·        Kehilangan atau kerosokan kad pinjaman hendaklah dilaporkan segera kepada pihak Perpustakaan dan dikenakan bayaran RM4.00 serta sekeping gambar untuk mendapat kad yang baru.

PINJAMAN

·        Seorang ahli berdaftar di benarkan meminjam tiga buah buku untuk tempoh 2 minggu.
·        Peminjam yang lewat memulangkan buku akan di kenakan denda RM0.50 sehari.
·        Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan bahan yang dipinjam, peminjam perlu membayar harga bahan bacaan termasuk bayaran memproses bahan tersebut.

TATATERTIB

Untuk memastikan keselesaan dan ketenteraman perpustakaan, bbeberapa perkara perlu dipatuhi oleh pengguna perpustakaan.

·        Tidak di benarkan makan, minum, merokok, meludah dan tidur dalam perpustakaan.
·        Tidak dibenarkan bercakap dengan kuat sehingga mengganggu ketenteraman pengguna lain.
·        Pengguna dilarang mengoyak atau menggunting bahan bacaan, menyalahgunakan bahan bacaan dan mengalih perabot yang disediakan.
·        Tidak dibenarkan membawa masuk binatang peliharaan.
·        Bahan rujukan tidak boleh di bawa keluar tanpa kebenaran.
·        Pengguna hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak menjolok mata ketika berada di perpustakaan.